Posted on Leave a comment

5 Ciri-ciri Suami Berubah Sikap

Ciri suami berubah sikap - mastersecure

Ciri-ciri suami berubah sikap terhadap pasangan yakni isterinya boleh diketahui melalui pemerhatian si isteri apatah lagi jika sudah bertahun berumahtangga dan sudah terbiasa dengan sikap suami selama ini tetapi tiba-tiba menjadi berubah berbanding dahulu. Namun, perlu diketahui juga bahawa perubahan sikap ini boleh saja terjadi atas beberapa sebab.

Ramai yang berpendapat perubahan sikap suami terhadap isterinya boleh terjadi kerana tidak adanya fokus terhadap perancangan hidup sebaik sahaja ‘membina masjid’ dan mula rasa bosan dengan pasangan.

Untuk mengatasi rasa bosan ini, sepatutnya masing-masing dari pasangan perlu berusaha untuk saling menjaga hati serta meningkatkan benih cinta agar tidak mudah pudar. Ini setidaknya dapat mengurangkan sisi buruk dari wujudnya kebosanan iaitu suami boleh menjadi lupa diri sehingga melakukan kecurangan.

Jika isteri mulai melihat ada yang berbeza dari sikap pasangan kebelakangan ini, Mastersecure.co telah merungkai beberapa tanda yang membuktikan suami sudah bosan dan berubah sikap. Apa ciri-cirinya? Jom Semak!

1. Suami Semakin Sibuk Dengan Telefonnya

Perubahan sikap suami terhadap isterinya sendiri boleh diperhatikan bila mana dia semakin sibuk dengan telefon bimbitnya. Sehinggakan tidak ada komunikasi yang terjalin kerana suami semakin sibuk dengan telefon bimbit. Jika dari pagi hingga malam hari, isteri terus melihat pasangan asyik menatap layar telefonnya bererti ini sudah semakin perlu diawasi. Hubungan yang berterusan seperti ini tentu sangat tidak baik kerana kualitinya semakin berkurang.

Berusahalah untuk menegur pasangan dengan baik agar dirinya tidak terus bermain telefon bimbitnya. Sebagai seorang pendamping hidup, suami seharusnya boleh menyempatkan waktu untuk berdua walau dia sedang sibuk dengan pekerjaannya. 

2. Sikap Suami Berubah Menjadi Seorang Pemarah

Suami berubah menjadi seorang yang pemarah
KreditFoto:Kashoorga

Perubahan emosi yang semakin berbeza dari hari ke hari boleh menjadi salah satu tanda pasangan sudah berubah sikap. Bahkan tidak mustahil karakter suami yang pada awalnya pendiam boleh berubah menjadi pemarah. Biasanya suami yang bosan dengan pasangannya boleh saja marah tanpa sebab, bahkan emosinya boleh menjadi meluap-luap padahal permasalahan cukup sedikit.

Meskipun sikap pasangan berubah dari biasanya membuat isteri bingung, usahakan untuk tidak meluapkan emosi yang sama kerana ini akan membuat hubungan semakin parah.  Ada baiknya untuk tetap bersikap tenang dan menghadapi semuanya dengan rasional. Setelah semuanya reda, barulah ajak suami untuk saling berkomunikasi antara satu sama lain agar isteri pun semakin memahami keadaan yang sebenarnya terjadi.

3. Kurang meluahkan perasaan yang dirasai

Sebagai pasangan suami isteri, komunikasi adalah sangat penting termasuk berbicara tentang hal-hal penting sehinggalah apa yang berlaku kepada anda setiap hari.Perbualan dari hati ke hati itu sebenarnya menunjukkan anda peduli terhadap pasangan dan merasakan mereka insan yang paling penting untuk mengetahui segala yang terbuku di hati.

Kata Dr Brown, apabila anda atau pasangan mula mengelak daripada bercakap tentang hal-hal penting keadaan ini perlu diberi perhatian. Ini kerana ia memberi petanda bahawa anda tidak lagi berminat dalam hubungan itu malah dalam situasi yang lebih buruk ia boleh menimbulkan perasaan benci sehingga akhirnya rasa tidak bahagia itu muncul.

4. Berubah Gaya Penampilan Dirinya

Suami tiba-tiba berubah gaya penampilan dirinya, cukur misai dan janggut untuk tampak kacak. Dulu tidak pernah peduli dengan penampilan diri. Sekarang, tiba-tiba suami ‘tuck-in’ baju ke dalam seluar. Bahkan jika ingin pergi ke kedai, suami sudah sudah mula  seterika baju sendiri.

Suami juga sudah pandai beli minyak wangi. Seluar dalam yang sebelum ini isteri beli, suami sudah pandai memilih. Janggut dan misai sudah pandai ‘trim’. Hati-hati bila perkara di atas berlaku. Pada zahirnya, nampak seperti perubahan positif, jangan pula sebenarnya ‘ada udang di sebalik batu’.

5. Suami Suka Membandingkan Isteri Dengan Orang Lain

Sikap suka meletakkan perbezaan, membandingkan isteri dengan pasangan lain adalah salah satu ujian dalam rumahtangga. Apabila terbit rasa tidak puas hati dengan pasangan, mulalah kita mencari kesilapan. Yang kecil diperbesarkan, yang remeh disulitkan semata-mata mahu terus-terusan menyalahkan pasangan.

Nampak sangat tidak bersyukur dengan kehadiran seorang isteri. Daripada asyik merungut, menyalahkan isteri tak pandai berhias diri, tanya diri anda terlebih dahulu. Ada atau tidak nafkah diberi untuk mencantikkan isteri agar sedap mata anda memandang?

Jika jawapannya tidak, maka menjadi kewajipan anda sebagai suami untyuk menyediakannya demi keperluan isteri. Jangan salahkan isteri semata-mata kalau dia tidak cantik pada pandangan mata anda. Bantu isteri dan perbetulkan sikap anda juga sebelum membandingkan isteri dengan sesiapa.

Kesimpulan

Itulah dia info tentang  ciri-ciri suami berubah sikap terhadap isteri yang ingin kami kongsikan pada hari ini. Semoga bermanfaat. Semoga  kita semua dirahmati Allah dan dilimpahkan dengan keberkatan dan kasih sayang. Jika anda sukakan artikel ini, anda juga dijemput untuk membaca perkongsian kami tentang Naluri Isteri Terhadap Suami dan Berubah Selepas Curang.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *