Posted on Leave a comment

BAGAI BERCINTA SEMULA

couple, romantic, beach-6364300.jpg

Curiga Terhadap Suami

Seorang isteri yang sering berasa curiga terhadap suaminya kadangkala bakal menimbulkan konflik dalam keluarga yang menyebabkan keharmonian dalam keluarga bukan sahaja menjadi kurang malah hilang. Ramai yang mengatakan cemburu adalah satu luahan kasih sayang antara suami dan isteri, tetapi perasaan ini perlu disimpan pada tahap yang munasabah, agar tidak menimbulkan syak wasangka yang keterlaluan. Dek kerana penangan Puteri Sarah, Syamsul Yusof dan Ira Kazar dan banyaknya ledakan emosi wanita, maka kali ini saya nak kongsikan cerita tentang salah seorang pengguna Master Secure, Puan Ema (bukan nama sebenar) Bagai Bercinta Semula. Apa yang saya kongsi mungkin tidak sesuai untuk semua keadaan, mungkin juga tidak cocok dengan semua orang namun boleh dijadikan pengajaran bersama.

Meskipun sudah lama melayari alam rumah tangga, namun kehadiran ‘orang ketiga’ menjadi punca pertengkaran kepada pasangan ini, apabila impian kebahagiaan berkekalan bersama suaminya, hampir musnah gara-gara kemunculan wanita lain. Awalnya, Puan Ema mula mencurigai suaminya kerana berasa suaminya sudah berubah berbanding dulu dan dia juga rasa terabai.

Terlalu sedikit masa diluangkan oleh si suami yang difikirkan mungkin disebabkan kesibukan kerja seterusnya menyebabkan hubungan mereka semakin renggang. Dalam mencipta hubungan serasi, bahagia dan tenang, sepatutnya komunikasi perlu menjadi keutamaan. Tetapi suaminya telah menggadaikan hubungan dan kasih-sayang hanya kerana alasan tidak cukup masa. Sedangkan setiap individu di atas muka bumi ini mempunyai kitaran masa sama, iaitu 24 jam sehari.

Dapat bukti melalui device ajaib

Puan Ema cuba untuk mendapatkan bukti menggunakan sebuah device yang boleh merakam aktiviti suaminya demi mencari jalan penyelesaian dengan suami. ”Bila saya tanya, dia nafikan sebaliknya memaki hamun saya, itu hal peribadi dia saya tak boleh tahu. Kemarahannya dan bukti itu membuat saya ingin mencari lebih banyak bukti sebelum buat tuduhan. Saya terkejut dengan bukti baru yang saya jumpa. Sejak itu kelakuan bekas suami berubah, dia bukan lagi orang yang saya kenal selama ini. Bila tanya hubungannya dengan perempuan itu, marahnya berapi”. Demikian cerita Puan Ema. Setelah terbukti, suami diminta membuat pilihan dan seperti diramalkan, sanggup memilih orang ketiga. Atas kehendak bersama, keputusan untuk tinggal berasingan diambil bagi memberi ruang kepada kedua-dua pihak berfikir dan mencari penyelesaian. Lalu Puan Ema pergi membawa diri bersama anak-anak. Bukan niat memutuskan silaturrahim, jauh sekali mencari permusuhan. Namun, jika dengan cara menjarakkan diri itu jalan terbaik untuk tidak mengeruhkan keadaan, maka sebaiknya ia diambil.

Berbincang

Dalam tempoh iddah, mereka cuba berbincang semula dan suaminya berterus-terang tentang sikap Puan Ema yang tidak boleh diterima. Puan Ema berjanji akan berubah dan menyelamatkan rumah tangga demi anak-anak. ”Kami cuba berbincang sama ada saya dan dia masih sesuai atau serasi bersama”, Ceritanya lagi. Ternyata berterus-terang lebih baik daripada terus menyakiti perasaan sendiri mahupun pasangan. Kita boleh lihat sama ada perkahwinan yang dibina masih boleh diteruskan atau perlu mengalah saja. Setelah diberi kata dua sama ada untuk berpisah atau memperbaiki kelemahan masing-masing, Puan Ema membuat akur janji untuk berubah demi anak-anak yang semuanya masih kecil.

Bagai Bercinta Semula

Puan Ema mula nampak perubahan suami ke arah yang lebih baik dan terasa bagai bercinta semula. ”Saya nampak banyak perubahan pada suami. Saya dah jadi berani untuk berterus-terang dengan apa yang saya rasakan. Jadi sekarang suami saya jadi lebih peka dan prihatin pada keperluan saya, keperluan rumah dan keperluan anak-anak”.

Tidak Menyalahkan Orang Ketiga

Menurut Puan Ema, dia percaya semua yang berlaku sudah ditakdirkan dan tidak menyalahkan orang ketiga tersebut. Jika kita yakin serta bertawakal dengan sepenuhnya kepada Allah SWT, maka hasilnya akan lahir satu keputusan terbaik buat diri yang mungkin kita merasa sukar atau sudah tiada jalan keluar sebelum itu. ”Namun saya tidak menyalahkan pihak ketiga semata-mata,suami saya tetap bersalah dalam hal ini”. Katanya sebelum mengakhiri perbualan.

Membuat Keputusan Yang Betul

Puan Ema juga merasakan dia sudah membuat keputusan yang betul dalam menangani masalah rumah tangganya walaupun pada mulanya pasrah sekiranya hubungan bakal berakhir.

Justeru langkah terbaik bagi si isteri dalam menangani konflik dalaman itu seharusnya dimulakan dengan niat yang betul. Walau bagaimanapun, kadangkala menamatkan hubungan adalah perkara terbaik yang boleh anda lakukan. Perhubungan boleh berakhir kerana banyak sebab sama ada pengkhianatan, cinta yang semakin pudar, hubungan yang tidak sihat, toksik atau penderaan.

Isteri Perlu Bijak

Kesimpulannya di sini, seorang isteri perlu bertindak bijak untuk menangani masalah rumah tangga yang sudah mula hambar kerana dalam sesebuah rumah tangga bukan hanya ada suami dan isteri tetapi juga anak-anak yang masih memerlukan kasih sayang ibu bapa.

Wallahualam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *