Posted on Leave a comment

Naluri Isteri Terhadap Suami

naluri isteri terhadap suami - isteri risau
Sumber: Pesona Pengantin

Sesungguhnya naluri isteri terhadap suami sangat kuat, jika suami yang dia cintai telah melakukan sesuatu yang tidak baik, selalunya isterilah yang dapat menghidu dulu. Walaupun si suami cuba menyembunyikan perkara tersebut di dalam hati dia. Banyak pengajaran yang boleh diambil dari kisah yang diceritakan oleh Puan Jessy (bukan nama sebenar) ini yang sudah lama mengesyaki suaminya telah berlaku curang. Dia sangat yakin naluri dan kecurigaannya betul, bukan hanya curiga biasa. Tetapi seperti biasa, suami mana yang akan mengaku sekiranya tiada bukti yang dikemukakan.

Oleh itu, Puan Jessy cuba mencari jalan untuk mendapatkan bukti bagi memberi pengajaran kepada suaminya. Akhirnya Puan Jessy telah mendapat tahu mengenai sejenis alat (device) dan aplikasi Master Secure yang dapat membuktikan telahannya betul. Device ini adalah sejenis GPS tracker yang boleh mendengar suara, merakam suara, boleh tahu lokasi semasa, merakam perjalanan serta gambar lokasi. Menurut Puan Jessy, sekarang dia berasa sangat senang hati dan tak perlu risau ditipu lagi. Kerana dia sudah boleh tahu pergerakan suaminya. Terbukti nalurinya sebagai isteri selama ini betul.

Naluri isteri sangat kuat

Menceritakan semula tentang kecurangan suaminya sebelum ini, kata Puan Jessy suaminya sudah lama berubah laku. Jarang pulang ke rumah dan selalu keluar lewat malam atas alasan kerja. Nalurinya sebagai seorang isteri kuat mengatakan yang suaminya berbohong. Ketika kejadian tersebut di mana suaminya kantoi curang, suaminya memberitahu ingin keluar minum dengan seorang kawan tetapi sebaliknya sedang membuat panggilan video bersama teman wanitanya. Puan Jessy telah mendengar suaminya berkata yang dia akan sengaja mencari gaduh dengan Puan Jessy supaya dia boleh keluar dari rumah mereka dan bersama-sama dengan teman wanitanya di sebuah homestay. Baru Ko Tau Bah!

Sebaik sahaja suaminya pulang ke rumah, Puan Jessy cuba menahan amarah dan berterus terang dengan suaminya tentang apa yang dia telah dengar sebelum itu. Jika diikutkan hati memang dia berhak marah sebab suaminya telah mengaibkan dia di depan perempuan lain. Sebaliknya suaminya menuduh Puan Jessy telah mengimbas telefon bimbitnya secara sembunyi dan bertindak untuk menukar telefon bimbit yang baru. Telefon bimbit yang lama dia tinggalkan sahaja di rumah. Puan Jessy cuba berterus terang bahawa dia hanya mengikut kata hati dan naluri sebagai seorang isteri terhadap suami.

Apa yang mengejutkan..

Apa yang mengejutkan, ada beberapa perkara baik yang berlaku selepas kejadian tersebut. Suaminya telah berubah sedikit demi sedikit. Suaminya menangis dan mengakui akan kesilapannya berlaku curang. Dan sekarang semakin rajin menolong kerja-kerja di rumah dan selalu membawa keluarga mereka berjalan-jalan dan bercuti. Walaupun keluar bersiar-siar ke tempat yang dekat, tapi Puan Jessy berasa bersyukur dan amat bahagia dengan hikmah yang berlaku. Tak sia-sia dia mengikut gerak hati untuk menyelesaikan masalah rumah tangganya.

Puan Jessy berkata dia nekad untuk mempertahankan rumahtangganya kerana tidak mahu berpisah dengan anak-anak. Walaupun sebelum ini dia pernah terfikir sanggup berpisah dengan anak-anaknya jika ditakdirkan jodoh bersama suami tidak panjang. Dia merancang akan pergi membawa diri dan tinggalkan anak-anak bersama suami. Kerana itu sahajalah balasan yang dirasakan setimpal terhadap kecurangan suaminya. Bukan tidak sayang anak-anak, tetapi demi memberi pengajaran kepada suaminya yang sanggup menduakan dia sedangkan dia sudah banyak berkorban sepanjang perkahwinan mereka.

Begitulah kisah Puan Jessy, salah seorang pengguna yang mendapat manfaat dan berjaya menyelamatkan rumah tangganya. Adakalanya naluri seseorang isteri itu memang betul. Seorang isteri perlu mengumpul kekuatan dan berdepan dengan suami curang secara bijaksana. Emosi harus diketepikan dan perlu bersikap rasional.

Segala keputusan yang dibuat haruslah demi kepentingan kedua belah pihak termasuk anak-anak sekali. Bukan bermaksud tidak percaya kepada suami, tetapi suami juga manusia biasa. Adakalanya terbabas dari landasan dan terikut hawa nafsu. Jika tidak diperbetulkan lebih awal, bimbang akan terus melencong dari landasan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *