Posted on Leave a comment

Peluang Kedua Selepas Curang

Peluang Kedua Selepas Curang
Peluang Kedua Selepas Curang
Peluang Kedua Selepas Curang

Siapa sahaja di dunia ini pastinya menginginkan hubungan yang dibina bersama pasangan kekal hingga ke akhir hayat. Namun, siapalah kita untuk menolak takdir Tuhan andai hubungan yang diharapkan berkekalan kecundang di tengah jalan. Salah satu penyebabnya adalah kerana kehadiran orang ketiga.Puas sudah menangis dan meratap, bayangkan pasangan anda yang curang ingin kembali semula bersama secebis kemaafan? Sukarnya membuat pilihan adakah memilih meneruskan hidup atau membuka ruang maaf demi peluang kedua yang diharapkan oleh pasangan anda. Peluang kedua selepas curang.

Pengalaman Pahit

Pengalaman pahit yang Kak Sal (bukan nama sebenar) lalui ini mungkin pernah dirasai oleh kaum wanita lain.Peluang Kedua Mustahil dalam sesebuah perkahwinan tidak pernah dilanda badai. Namun setiap masalah dapat mematangkan kita dalam berfikir dan bertindak. Kak Sal tak salahkan kaum lelaki, malah ada kes tertentu para wanita sendiri menjadi ibu keladi pembawa masalah dalam rumah tangga. “Satu kenangan yang menyakitkan bilamana setelah masuk tahun ke-26 berkahwin baru perkara ini terjadi. Sebelum ni tak pernah berlaku. Dah tua baru nak buat hal. Mereka kenal kat tempat kerja. Bila Kak Sal tanya tak nak mengaku dan kata hanya kawan saja”. Cerita Kak Sal memulakan perbualan.

Allahu, sakitnya rasa dikhianati. Namun, suami beria-ia memujuk dan menjelaskan wanita itu adalah rakan sekerjanya. Mereka hanya berhubung melalui telefon sahaja. Adakalanya mereka keluar makan tengah hari bersama-sama. Kata pepatah ”bertepuk sebelah tangan takkan berbunyi”. Hakikat yang perlu diterima oleh setiap lelaki dan perlu dipercayai oleh setiap wanita adalah secantik dan sebaik mana pun isteri yang sah dimiliki, lelaki tetap lelaki. Keinginan mereka untuk memiliki lebih daripada satu isteri untuk mewarnai hidupnya tetap tertanam dalam hati mereka.”Sebagai isteri, Kak Sal cuba sedaya upaya menjadi isteri dan ibu yang baik, walaupun bukan paling sempurna kerana hanya Dia sahaja yang Maha sempurna”.

Jiwa Terseksa

“Sikap suami mula berubah, tapi duit belanja masih bagi macam biasa. Kak Sal rasa terkilan dan cuba perbaiki hubungan dengan bawa pergi honeymoon dan sebagainya tapi tak jalan juga. Bila dah kantoi sekali, suami mengaku dan kata dah putus dengan perempuan tu. Tapi tetap tak boleh dipercayai. dia kata pergi kerja, rupanya jumpa perempuan tu. Kantoi sekali lagi, dengan anak pulak. Bila bagitahu nak bincang, terus letak telefon tak nak beri kerjasama. Selepas peristiwa itu sudah amat sukar untuk Kak Sal percayakan suaminya lagi. Jiwa Kak Sal rasa terseksa. Namun demi anak-anak, Kak Sal tetap teruskan juga perkahwinan walau hati terluka.

Isteri Banyak Support

Bila keadaan masih tak berubah, Kak Sal nekad pergi membawa diri dengan anak-anak. Dah siap-siap minta izin dengan suami. Namun, yang sedihnya, sepanjang tiga hari Kak Sal tak ada di rumah, dia teman perempuan tu pula dan langsung tak cari isteri dan anak-anaknya. Bila Kak Sal dan anak-anak balik rumah, mereka berbincang semula tapi tetap juga tak jumpa jalan penyelesaian. Suaminya keluar lagi pergi dinner dengan perempuan tu. Dan kali ni terjumpa lagi dengan anak sendiri. “Suami memang dah tua tapi ada la rupa. Tapi dari segi kewangan, isteri yang banyak support. Sebab Kak Sal ada bisnes sendiri.” Jelas Kak Sal lagi, secara jujurnya dia tidak takut untuk berpisah jika itu jalan yang terbaik buat mereka. Namun suami tidak rela melepaskan Kak Sal dan mohon diberi peluang kedua selepas curang kerana selama hidup bersama, Kak Sal secara ikhlas menampung sebahagian besar perbelanjaan keluarga tanpa ungkitan.

Dapat Bukti

“Kak Sal sebenarnya dah banyak kali beri peluang, tapi suami yang makin jauh. Ini nak minta lagi peluang kedua selepas curang. Semakin kerap dia menipu ada la. Kak Sal memang dah maafkan tapi untuk lupa dan percaya semula tu memang sakit. Tunggu je janji dia nak  berubah tapi tak ada pun. Time ni la jumpa device Master Secure (MS). Masa tu kalau ikutkan dah ambil borang cerai dah. Tak sangka akhirnya Kak Sal dapat dengar sendiri situasi percintaan suami dan orang ketiga.

Lepas 3 minit je keluar dari rumah, dah start dah bersayang-sayang. Siap cakap dah tak ada rasa sayang dah kat isteri. Ayat ni memang Kak Sal takkan lupa, sampai meleleh air mata.” Kak Sal meminta untuk dilepaskan bukan kerana tak sayang, tetapi kerana suami yang tidak jujur. Walaupun suami tiada niat untuk berkahwin dengan wanita itu, Kak Sal akan tetap meminta untuk dilepaskan juga. Kak Sal tidak boleh menerima kecurangan ini. Sungguh sakit untuk ditelan, perit sangat.

Rezeki Masih Nak Bersuami

“Kak Sal suruh berkahwin suami tak nak. Syaratnya duit belanja jangan kurang dari sekarang, dan hanya balik rumah bila isteri hubungi saja. Bahan bukti dari MS tu sebenarnya Kak Sal nak guna dalam proses perceraian. Tapi suami minta bagi peluang lagi. Kak Sal kata ini peluang terakhir.” Mungkin rezeki Kak Sal masih nak bersuami. Mujurlah suami ambil peluang yang diberi sebaik mungkin. ”Suami selepas tu mohon maaf dan berjanji dengan nama ALLAH yang dia tidak akan mengulanginya lagi.

Begitulah cerita Kak Sal, salah seorang pengguna Master Secure. Dalam menangani masalah rumah tangga, berterus terang itu penting. Jika Kak Sal tak dapat bukti dari MS, mungkin dah lama dia bercerai. Sebagai isteri, jangan takut untuk tahu kebenaran. Jika tidak, selama-lamanya kita akan ditipu. Nasihatnya, beri masa untuk diri sendiri, sayangi diri sendiri. “Suami memang betul-betul dah berubah dan perempuan tu pun dah resign dari tempat kerja suami. Tapi rasa percaya tu dah payah nak ada, hanya minta suami  buat yang terbaik saja. Dan doakan la semoga Kak Sal ada hati dengan suami seperti dulu.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *