About

Isteri tak lagi ditipu-background

Master Secure bermula

Bermulanya Master Secure adalah dengan membantu seorang isteri yang ditinggalkan oleh suaminya tanpa nafkah, isteri ini mengalami kemurungan yang sangat teruk dan hampir membunuh diri.

Master Secure mula menggunakan device untuk mengetahui dan mencari bukti aktiviti suami untuk membela nasib si isteri.

selamatkan keluarga

Misi kami

Pada mulanya, Master Secure mempunyai misi untuk membela nasib para isteri yang dianiaya oleh suami. Master Secure membantu untuk mencari bukti supaya isteri dapat keluar dari penganiayaan suami dengan mendapatkan bukti rakaman suara dan rakaman perjalanan yang kukuh untuk membuat tuntutan mahkamah atas penganiayaan yang dialami.

Pengalaman mengajar kami yang ada banyak ruang yang masih boleh dibaiki apabila isteri dapat tahu aktiviti para suami. Bukan untuk mencari kesalahan, tapi ruang untuk mencari punca keretakan rumah tangga. Kami mempunyai misi untuk bantu para isteri usahakan untuk memulihkan semula rumah tangga mereka. 

Visi kami

  • Membantu 100 ribu para isteri untuk bangkit dan menjadi penyelamat bagi keluarga mereka pada tahun 2030. 
  • Menyediakan teknologi yang berkualiti tinggi untuk menjaga keselamatan keluarga dan orang tersayang.