Posted on Leave a comment

HADAPI SUAMI YANG MUDAH TERASA DAN PEMARAH

Tips hadapi suami pemarah dan cepat terasa

Masalah rumah tangga adalah perkara biasa dalam setiap perkahwinan dan sekali sekala pasangan akan merajuk atau bergaduh. Kebiasaannya, apabila bergaduh suami akan memujuk isteri sebagai tanda berdamai selain membeli hadiah seperti bunga, coklat dan sebagainya. Tapi macam mana nak pujuk suami yang tengah marah dan susah nak bertenang? Mengawal lelaki yang marah boleh menjadi perkara yang menakutkan. Tetapi ketahuilah individu yang mampu menenangkan lelaki yang sedang marah ialah isterinya. Cara untuk memujuknya bukanlah dengan bersikap manja di hadapannya tetapi cuba memahaminya dengan lebih baik. Apakah tips hadapi suami yang mudah terasa dan pemarah.

Terdapat beberapa panduan yang boleh dipraktikkan:

Elak Bertengkar

Elakkan bertengkar atau meluahkan pandangan ketika suami sedang beremosi. Tindakan anda mungkin sia-sia, malah boleh mengundang padah jika suami semakin marah kerana merasa ditentang atau dicabar oleh isteri sendiri. Akibatnya, isteri mungkin terikut-ikut menjadi ‘panas’ sehingga berlaku pertelingkahan. Jika berterusan, psikologi isteri mungkin terganggu dan perkahwinan juga akan terancam. Sebaiknya dalam keadaan ini, anda perlu mengalah sedikit atau mengambil sikap tidak mengambil berat mengenainya terlebih dulu.

Bercakap

Langkah yang baik ialah bercakap dengannya untuk menyelesaikan masalah yang menjadi punca kemarahannya. Lakukan apabila kemarahannya telah reda. Gunakan gaya pertuturan yang halus supaya emosi tidak ‘naik’ lagi. Mungkin anda boleh bercakap sambil mengurut badan suami selepas bekerja atau ketika menonton bersama. Yang pasti, pilih masa dan mood yang baik.

Jujur

Suami yang panas baran lebih suka berterus terang. Salah satu aspek positif yang terdapat pada suami yang panas baran atau pemarah ialah bersikap terbuka dan jujur tentang perkara yang mereka suka atau tidak suka. Cuma malangnya, cara mereka meluahkan lebih cenderung untuk bersikap kasar dan marah. Oleh itu, elakkan diri daripada menyindir, berkias atau menunjukkan muka seolah-olah ada sesuatu yang dirahsiakan daripadanya.

Anggap Sebagai Kritikan

Sekiranya suami anda memberikan pandangan yang agak kasar, anda perlu menganggapnya sebagai kritikan untuk anda. Dan ambil ia sebagai cabaran untuk memperbaiki kelemahan anda. Tak guna terlampau emosi dengan kata-kata suami pada anda. Walau air mata mengalir sekalipun, suami yang pemarah biasanya sukar untuk mengubah pendapat dan lebih teruk, mereka tidak akan rasa bersalah sedikit pun.

Fahami Background Suami

Cuba fahami latar belakang suami anda. Individu yang mempunyai sifat ‘temperamental’ biasanya mudah dicetuskan oleh kemarahan dengan situasi atau keadaan di luar kehendaknya. Hanya kerana perkataan atau nada suara yang salah boleh mengundang pergaduhan. Menurut penulis buku ‘The Complete Idiot’s Guide to Body Language’, Dr Peter Andersen, pemarah atau panas baran sebenarnya boleh berpunca daripada corak didikan dalam keluarga yang turut mempunyai kaitan dengan sifat pemarah individu tersebut.

Pastikan Rumah Tangga Tenang

Oleh itu, pastikan keadaan rumah tangga anda menyenangkan supaya suami anda berasa selesa dan tidak mudah marah seperti dahulu dalam keluarga. Cuba dapatkan lebih banyak maklumat tentang apa yang membuatkan dia gembira dan apa yang membuatkan dia kecewa dan marah.

Itulah dia tips untuk hadapi suami yang mudah terasa dan pemarah. Semoga sedikit sebanyak cara menangani suami yang sedang marah-marah berguna, agar kehidupan rumah tangga menjadi lebih harmoni. 

Tips Keluarga Bahagia Akhirnya Ku Tahu Kata Hati Isteri Untuk Suami Jangan Kedekut Dengan Isteri Peluang Kedua Selepas Curang Di Uji Dengan Suami Curang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *