Posted on Leave a comment

TIPS MURAH REZEKI

Tips Mohon Dimurahkan Rezeki

Andai kita rasa susah hari ini, ingatlah ramai lagi di luar sana yang mempunyai nasib lebih teruk daripada kita hari ini. Berhenti mengeluh tentang rezeki. Rezeki adalah rahsia Allah. Walaupun kita masih tidak dimurahkan rezeki sehingga sekarang, janganlah sekali-kali berputus asa. Mungkin belum masanya dan jangan pernah berhenti berusaha mempertingkatkan lagi amalan. Apakah amalan atau tips murah rezeki?

Berikut adalah tips murah rezeki yang mustajab kami kongsikan untuk anda dan harus diingat amalan ini adalah salah satu usaha atau ikhtiar supaya kita berjaya serta kita melakukan bersungguh-sungguh selain wajib yakin bahawa rezeki itu datang daripada Allah SWT.

1. Bangun Pagi Dengan Bersyukur

Bangun pagi, jangan buat apa-apa, tarik nafas panjang-panjang dan terus cakap Alhamdulillah. Sebab apa? Sebab ada orang yang tak bangun pagi ni. Allah bagi kita ruang lagi nak taubat, nak zikir.

2. Mulakan Hari Dengan Tahajud

Mulakan dengan solat sunat Tahajud 2 rakaat. Kalau tengah di timpa ujian, sentiasa istighfar . Menangis dan merayulah pada Dia. Selepas itu solat subuh. Yakinlah bahawa ujian yang menimpa bukan sia-sia. Pasti akan ada hikmah dari Sang Pencipta. Anggaplah ujian sebagai salah satu lumrah dalam kehidupan.

3. Solat Sunat Dhuha

Buat solat sunat Dhuha 4 rakaat (2 salam). Baca doa Dhuha dengan penuh kesungguhan di hati. Solat Sunat Dhuha boleh dianggap sebagai rasa terima kasih seseorang hamba kepada Allah SWT atas segala keberkatan hidup yang diberikan-Nya.

4. Azam Untuk Fokus Kerja

Tanamkan azam dalam diri mulai hari ini nak fokus dan semangat dengan kerja, elakkan membawang atau gosip dengan kawan-kawan kerja atau kuliah. Semangat sangat penting bagi memastikan kita melaksanakan kerja dengan baik dan secara tidak langsung menjadikan kita produktif dan mahir.

5. Sentiasa Berzikir

Lidah sentiasa berzikir dan menyebut nama Allah, Allah, Allah. Tanpa sedar dah zikir nama Allah sebanyak 1,000 kali. Manusia yang sentiasa mengingati Allah SWT akan beroleh keuntungan abadi di dunia dan akhirat. Mereka yang sentiasa membasahkan lidah dengan zikir akan mendapat penghormatan tinggi serta rahmat daripada Allah SWT. Malah, ketika hidup di dunia, mereka yang sentiasa berzikir dan mengingati Allah SWT, perasaan serta jiwa akan sentiasa tenang walau apa juga cabaran yang mendatangi hidup mereka. Itulah kelebihan di dunia yang dijanjikan Allah SWT kepada mereka.

6. Bersedekah Makanan

Setiap kali beli makanan, niatkan bagi duit lebih pada penjual itu untuk sedekah makanan pada orang seterusnya. Suapan pertama makanan yang diberikan akan mendapat pahala dan diampunkan dosa si pemberi makanan. Selain itu, malaikat turut mendoakan kita kerana memberi makanan kepada orang dan berkongsi rezeki sesama manusia.

7. Solat Awal Waktu

Setiap kali waktu solat, paksa diri untuk solat awal waktu. Sebab bila solat awal waktu ni, kita akan rasa masa berjalan begitu panjang dan tenang. Solat di awal waktu juga merupakan amalan yang paling utama kerana banyak kelebihan dan keistimewaan bagi hamba-Nya yang menunaikan solat di awal waktu. Baik dari segi saintifik, meditasi atau kesihatan.

8. Berdoa Selepas Solat

Setiap kali habis solat, jangan tergesa-gesa bangun, duduk atas sejadah dan berdoa bersungguh-sungguh nak kaya cepat pada Allah. Dia kan Maha Memberi. Jangan minta dengan manusia. Minta pada Allah. Orang yang bersungguh-sungguh dalam berdoa dan tidak berhenti dari doanya itu sebelum ada ijabah (jawaban) dari Allah, maka doanya akan terkabul.

9. Sentiasa Mengucap Syukur

Sentiasa ucapkan rasa syukur pada Allah, sebab bagi banyak sangat nikmat di dunia ini, walaupun kita tengah di uji. Juga sebagai tanda kesyukuran kepada Allah SWT terhadap nikmat dan rezeki yang dikurniakan. Sifat syukur berada pada tahap tertinggi kerana tidak ramai yang mampu mencapai tahap syukur di atas semua anugerah diterima di dunia ini.

10. Tekad Untuk Rajin Bersedekah

Tekadkan dalam diri, nak rajin untuk bersedekah. Tak kira dalam keadaan apa jua sekali pun, tetap ingin memberi. Dengan niat yang kuat, kita akan lebih mudah untuk konsisten bersedekah. Niat yang kuat dari awal juga akan membuat perancangan untuk lebih banyak bersedekah menjadi semakin fokus.

11. Berhubung Dengan Ibu Bapa

Video call atau call biasa mak dan ayah, lihat senyuman mereka, gelak tawa mereka. Siapa tahu, dalam tawa itu ada tangisan rindu. Hubungilah ibu bapa untuk bertanya khabar supaya hubungan kita dengan mereka sentiasa subur.

12. Memaafkan Kesalahan Orang

Buang perasaan benci, iri hati dan ego pada orang. Sentiasa jadi orang yang merendah diri dan orang yang sentiasa memaafkan kesalahan orang lain. Ringankan mulut untuk memberi salam terlebih dahulu, melemparkan senyuman, dan memaafkan kesalahan orang lain. Memaafkan kesalahan orang lain merupakan sifat orang mulia. Dalam al-Quran pun disebut banyak kali supaya kita memaafkan orang lain.

13. Bersihkan Kolam Jiwa

Cara memaafkan, sebelum tidur, tutup mata dan bayangkan muka orang itu. Sebut namanya 3 kali, dan katakan “Aku maafkan engkau dan sayangkan engkau kerana Allah Taala”. (Teknik bersihkan kolam jiwa). Memaafkan kesalahan memberi manfaat untuk kesihatan secara fizikal dan mental. Cara memaafkan orang lain boleh dimulakan dengan meluahkan perasaan serta berhenti memikirkan untuk membalas dendam.

14. Utamakan Allah

Utamakan Allah dalam segala apa yang kita fikir, kita cakap dan kita rasa. Apabila kita kenal Allah dengan lebih dekat, maka hidup kita akan jadi lebih bahagia. Orang yang hatinya dekat dengan Allah, matanya selalu mengalir air jernih tanda keinsafan dan rasa takut terhadap kebesaran dan azab Allah. Hati yang dekat dengan Allah akan terpancar melalui akhlak, tutur kata dan perbuatan yang tawaduk dan penuh nilai kemuliaan diri yang tinggi.

15. Berdamai Dengan Masa Lalu

Berdamai dengan masa lalu supaya ia tidak menghancurkan masa kini yang kita miliki sekarang, sayangi diri. Salah satu cara untuk bahagia adalah dengan fokus pada kehidupan masa kini. Melepaskan dan melupakan apa yang berlaku pada masa lalu dan tidak terlalu risau tentang masa lalu. Cuma bagi kita yang mempunyai masa lalu yang kelam atau tidak menyenangkan, menjalani kehidupan sekarang mungkin sukar jika anda tidak berdamai dengan semua itu. Jangan biarkan kesedihan berlarutan. Tidak mustahil kesedihan yang berlarutan ini boleh bertukar menjadi kemurungan yang berpanjangan.

Mudah-mudahan perkongsian tips murah rezeki untuk dipermudahkan rezeki yang melimpah ruah ini dapat membantu kita semua untuk terus membuat amalan seperti yang dikongsikan di atas. Semoga kita dimurahkan rezeki dan hidup dalam keluarga yang harmoni dan bahagia.

Semoga Bermanfaat, In Shaa Allah, Aamiin.

Jangan Kedekut Dengan Isteri Peluang Kedua Selepas Curang Diuji Dengan Suami Curang Pendengar Yang Baik Jadilah Suami Yang Mahal Kuatnya Seorang Isteri

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *