Posted on Leave a comment

Jangan kedekut dengan isteri

Jangan kedekut dengan isteri

Jangan kedekut dengan isteri. Salah satu masalah yang cukup sensitif dan mampu mencetuskan konflik dalam rumah tangga adalah masalah kewangan. Oleh sebab itu, pasangan suami isteri harus berbincang tentang isu ini dengan teliti. Tapi, suami jangan kedekut dengan isteri. Bila tak kedekut dengan isteri, nanti Allah limpahkan lebih banyak rezeki pada suami.

Lakukan Sesuatu Kerana Allah SWT

Pada asasnya, Allah SWT adalah pemberi rezeki yang mutlak. Tiada siapa yang dapat menghalang sekiranya dikehendaki oleh-Nya, dan tiada pula sesiapa yang dapat memberi, sekiranya tidak diizinkan oleh-Nya. Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk juga isteri adalah antara sebab rezeki diluaskan oleh Allah SWT. Ia juga sebagai satu motivasi agar para suami tidak mengambil ringan tanggung jawab yang perlu dilaksanakan. Apa sahaja perkara yang dilakukan yang boleh meregangkan hubungan kekeluargaan boleh menyebabkan rezeki seseorang itu sempit. Termasuklah sifat bakhil atau kedekut dengan isteri. Berlaku baik dengan ahli keluarga termasuk isteri juga adalah sebab rezeki diluaskan. Kepada para suami, jalankan tanggung jawab kepada isteri. Seorang suami bukan sahaja bertanggungjawab memberi nafkah atau mencari harta, akan tetapi juga bertanggungjawab mendidik isteri dan keluarga agar menjadi keluarga yang diredhai oleh Allah. Inilah kunci sebenar keberkatan dan punca turunnya rezeki daripada Allah SWT.

Gembirakan Hati Isteri

Kalau suami menggembirakan hati isteri, tak kedekut atau berkira, makin bertambah-tambah rezeki. Apa salahnya sesekali gembirakan hati isteri dengan memberi hadiah. Walaupun bukan hadiah mahal, tapi pemberian dari seorang suami pasti akan dihargai oleh isteri. Ingatlah di sebalik kejayaan suami, terselit doa yang dikirimkan oleh isterinya. Jika suami tidak berkira, percayalah rezeki itu sentiasa datang mencurah-curah dan kebahagiaan jadi milik bersama. Mengembirakan hati isteri, adalah kunci buat suami untuk terus mengecapi rezeki yang tak putus-putus. Memberi isteri hadiah dapat pahala, senyum sahaja pun dapat pahala. Apalagi mengembirakan pasangan hidup.

Usah Berkira Ketika Berbelanja

Dalam kehidupan berumahtangga suami tidak boleh bersifat kedekut. Kadang-kadang wang perbelanjaan banyak dihabiskan untuk membeli barangan dapur dan keperluan anak. Si isteri sanggup menghabiskan wang nafkah yang diperoleh bagi memastikan keperluan anak-anak mencukupi. Biarpun pada hakikatnya diri sendiri tidak sempat untuk mendapatkan pakaian yang baru. Tidak salah kalau si suami membelikan hadiah untuk diberikan kepada isteri. Barulah setiap hari isteri jatuh cinta.

Menghargai Isteri

Cuba tanya pada diri kita, pernahkah kita menghargai pasangan kita? Kalau kita bergelar seorang suami, pernahkah kita mengucapkan perkataan terima kasih pada isteri kita kerana selalu memasak, mengemas rumah dan melahirkan cahaya mata untuk keluarga kita? Jika tidak, kita mungkin belum cukup-cukup menghargai pasangan kita.

Memudahkan Urusan isteri

Mudahkanlah isteri, nescaya Allah akan mudahkan urusanmu. Bila isteri memerlukan pertolongan suami, bantulah mereka dengan kadar segera dan jangan bertangguh. Ini membuatkan isteri rasa suami sentiasa ada untuknya. Amalan saling bantu membantu bukan sahaja membuatkan rumah menjadi kemas, malah ia juga mampu mengukir senyuman di wajah isteri. Rajin-rajinlah bertanyakan isteri jika mereka memerlukan pertolongan dari suami. Kadang-kadang sesetengah isteri lebih suka memendam rasa kerana bimbang ianya menyusahkan suami.

Sebagai seorang suami, bila isteri dah memudahkan urusan kita, maka kita mudahkan urusan dia. Itu lebih berkat. Jangan pula bila isteri dah jadi suri rumah sepenuh masa, menjaga anak dan juga mak kita, kita letakkan semuanya di bahu mereka. Sebagai ketua keluarga memang urusan kita mencari nafkah, tetapi doa dari isteri sangat-sangat diperlukan selain dari doa mak ayah kita. Tanpa isteri, kita takkan jadi apa yang kita jadi sekarang. Hargailah mereka kerana isteri juga seorang ibu. Bagaimana kita menghargai ibu kita, begitulah juga kita perlu menghargai isteri kita.

Ajaibnya aturan Allah. Semuanya suami beli, semuanya suami sediakan, semuanya suami beri, tetapi rezeki suami tetap makin murah dan makin mencurah-curah. Tiap-tiap tahun gaji asyik naik sahaja, bonus pun banyak. Rupa-rupanya, tak miskin si suami yang menanggung isteri sepenuhnya. Tak susah si suami yg memudahkan urusan isteri dan tak berkira dengan isteri. Setiap urusan akan rasa lebih mudah dan setiap kali pergi bekerja hati akan rasa tenang. Walaupun gaji dihabiskan untuk keluarga, tapi ianya tidak menyebabkan diri rasa serabut dan duit tak cukup. Setiap bulan sentiasa saja cukup. Allah S.W.T tak pernah kedekut dan kejam pada hamba-Nya yg menjalankan tanggung jawab serta kewajipan yg diamanahkan kepadanya utk ditunaikan.

Diuji Dengan Suami Curang Pendengar yang Baik Jadilah Suami Yang Mahal Kuatnya Seorang Isteri Bagai Bercinta Semula Isteri Boleh Hilang Hormat Pada Suami Yang Seperti Ini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *