Mari kita selami cerita dari Puan Nora, salah seorang isteri yang pernah dicurangi yang juga salah seorang pengguna device Master Secure. Sungguh tak sangka, suami yang nampak baik di depan mata tak sangka rupanya ‘membela’ wanita lain di belakangnya. Dalam ikatan perkahwinan, apa yang paling merisau dan menakutkan suami isteri, adalah dicurangi pasangan masing masing. Masalah seperti ini, memang sering menjadi kudis buta dalam rumahtangga.
Macam macam alasan digunakan untuk melepaskan kesilapan diri. Sebagai isteri jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang. Jangan pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang kadangkala isteri sendiri tidak sedar, Ianya suatu petunjuk. Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ‘family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri.
“Mula-mula perhubungan kami ok, sehinggalah naluri saya sebagai isteri rasa macam suami ada buat something di belakang kita.” Hati saya kuat sangat mengesyaki suami ada perempuan lain. Cuma tak kantoi saja. Kemudian saya cuba cari jalan macam mana nak buat, mulalah fikir apa nak buat, supaya dia mengaku. Tak senang duduk saya, takkan nak serang macam tu saja kan tanpa bukti yang kukuh. Scroll-scroll FB, jumpa la pasal MS device ni. Tapi time tu save dulu, belum rasa nak try lagi. Tangguh dulu sebab rasa mahal tapi tak sangka rupanya device ni sangat berbaloi. Dalam masa dua hari saja dah kantoi,apa lagi perang dunia la jawabnya.
Kalau Ikutkan Nak Terus Pergi Serang
Masa kejadian kantoi tu, saya try call device, guna semua function yang ada. Elok je dia tengah on call dengan perempuan tu.. Hati tak boleh sabar dah, kalau ikutkan nak terus pergi serang.Dalan situasi ini kena sabar dulu,sebab tengah kerja kan.So balik je kerja terus serang. Suami terpaksa mengaku la sebab terang-terang dah ada bukti kan. Tapi dia tak tanya pun macam mana saya boleh tau sendiri. Yelah, orang dah buat salah kan.
Saya rasa kalau lagi lama dibiarkan, saya mungkin tergolong dalam golongan bini-bini yang diperbodohkan. Sebab kalau balik rumah suami ‘act like nothing happened’. Orang luar pun takkan perasan dan takkan percaya kalau saya cerita yang dia ada perempuan lain di belakang saya. Sebab suami tak pernah berubah, layanan macam biasa je. Tapi tak sangka rupanya ‘membela’.
Kita ni sebagai isteri dah berkorban macam-macam, bila berlaku macam ni rasa hancurnya hati. Suami ada la minta maaf dan janji nak bina semula hubungan yang retak. Memang ambil masa utk pulih tapi kena sama-sama la bagi effort. Sebab manusia tak perfect, kita bukan malaikat mesti ada buat silap. Jadi saya nekad nak bagi dia peluang untuk berubah. Demi rumahtangga yang dah lama dibina, demi anak-anak.
Apa-apa Pun Isteri Akan Menang Juga
Saya ada juga terfikir,kalau lagi lama ditipu mungkin mereka akan berkahwin. Hubungan mereka mungkin akan lebih berpanjangan. Atau mungkin kahwin lari kat Siam ke, macam Syamsul dengan Ira Kazar tu. Nasib baik la saya cepat jumpa device ni, selamat rumahtangga saya. Sekarang saya masih dalam proses berbaik dengan suami. Cuma malas tak layan perasaan sangat,memang kadang-kadang akan teringat juga apa yang suami buat.
Tipu la kalau tak ada rasa kecewa dengan apa yang dah berlaku. Tapi lelaki ni dia tak suka isteri asyik menyalahkan dia terutama bila dia willing nak berubah. Jadi saya mengalah saja la. Apa-apa pun saya percaya isteri akan menang juga sebab ada ikatan yang sah dan kuat. Tapi itu pun kalau suami masih nak teruskan ikatan perkahwinan, isteri kena la fight juga.’
Nasihat Puan Nora untuk isteri-isteri yang senasib, ramai isteri sedar diri dicurangi tapi membiarkan sahaja dengan harapan suami akan berubah dengan sendiri. Doa saja tanpa ikhtiar tak cukup. Kalau tak bertindak awal lagi sakit. Sebelum jadi lebih teruk, lebih baik tahu awal. Boleh baiki sekarang,takut jika dibiarkan mereka akan berkahwin dan ada anak. Benda akan jadi lebih rumit. Baca juga Naluri Isteri Terhadap suami dan Berubah Selepas Curang.