Posted on Leave a comment

JANGAN SESEKALI TAKUT UNTUK BERCINTA LAGI

Pada para wanita, jangan takut untuk bercinta lagi. Sejak kebelakangan ini, banyak kes kecurangan rumah tangga berlaku. Kisah kecurangan pasa­ngan bukanlah isu yang harus dipandang enteng. Berbanding lelaki, wanita selalunya menjadi mangsa dalam kes sebegini.

Bayangkan, selepas bertahun hidup bersama, mengandung dan melahirkan zuriat buat suami tercinta, mereka dihidangkan khabar yang meruntun jiwa.

Ada yang mengetahui hubungan sulit suami menerusi panggilan telefon rakan dan kenalan, menemui bukti (Master Secure) mereka keluar bersama, mengesyaki perubahan mendadak suami serta paling mengecewakan apabila menjadi saksi kedua-duanya bermadu asmara.

Justeru ramai isteri jadi bingung, hilang punca dan tertekan. Walau apa pun yang berlaku, bagi pasangan yang sedang diuji, bertahan dan teruslah melangkah. Jangan takut untuk bercinta lagi. Cuba sehabis baik untuk mempertahankan mahligai yang telah dibina sekian lama agar mencapai ke destinasi seperti yang pernah djanjikan di awal mula perhubungan dahulu.

Isteri perlu bijak mengatur langkah memperbaiki hubungan rumah tangga. Jika merasakan ada sesuatu yang tidak kena dalam hubungan, cepat-cepatlah bertindak memperbaiki kelemahan itu agar hubungan kembali utuh. Jika suami minta diberikan peluang kedua, maka jangan sesekali takut untuk bercinta lagi. Seperti kisah Puan Ema di sini Bagai Bercinta Semula.

Jangan takut bercinta lagi dengan suami
KREDIT:Cintaku

JANGAN TAKUT MENGIMBAU KENANGAN LAMA

Cuba ajak suami buat perkara dirindui. Jika anda merasakan komunikasi mula berkurangan, ajak mereka untuk bersembang dengan mengimbau kembali kenangan lama. Jika anda semakin kurang keluar bersama, cuba ajak dia keluar tanpa menunggu untuk diminta.

Selepas melakukan ini, berkemungkinan suami akan terpaksa melakukan perkara yang sama. Jika dia masih pasif, luahkan kekecewaan anda. Walau bagaimanapun, perlu diingat untuk tidak marah atau memberi ceramah kepada pasangan anda. Cakap lembut dari hati ke hati supaya suami faham perasaan anda.

TINGKATKAN KEYAKINAN DIRI

Orang yang berasa rendah diri dengan diri sendiri pasti membantutkan banyak perkara termasuk hubungan suami isteri. Rendah diri akan sentiasa dipengaruhi dengan pemikiran negatif yang sedikit sebanyak menghadirkan perasaan dan prasangka yang tidak baik terhadap diri dan pasangan.

Merasa diri tidak layak untuk suami, tidak cukup baik untuk dia, tidak layak menjadi ibu bapa pada anak-anaknya dan perlunya dia mendapat pasangan hidup lain yang jauh lebih sempurna dari kita merupakan perasaan orang yang tidak berkeyakinan.

Jika kita tidak cukup baik untuk suami, kenapa suami memilih kita sebagai suri sebelum ini? Jadi, singkirkan rasa rendah diri dan bina balik keyakinan untuk memenangi semula hatinya. Percaya atau tidak, keyakinan diri merupakan senjata ampuh untuk memikat kembali hati suami. Jangan sesekali merasa takut untuk bercinta lagi dengan suami.

JADI PENDENGAR YANG BAIK

Hakikatnya dalam rumah tangga kita perlu teman berbicara. Biar topik itu remeh sekalipun. Yang penting komunikasi. Memang benar ada pasangan yang tidak minat nak berbual. Alasannya penat baru balik kerja. Nak berehat, nak tenangkan fikiran, nak tidur, nak main game dan nak ber’me time’. Jangan jadikan kebisuan mengisi ruang dalam rumah tangga kita. Jadilah pendengar yang baik.

KURANGKAN TABIAT MEMBEBEL

Tahan diri dan mulut dan bukannya bertindak balas dengan segera terhadap sesuatu. Penghinaan terhadap seseorang adalah menjengkelkan walaupun tidak ditujukan kepadanya. Kerana itu, hubungan semakin jauh. Suami tidak melekat di rumah, isteri makan hati dan anak kurang kasih sayang. 

Keadaan menjadi lebih teruk dan bertambah buruk dalam rumah tangga jika tidak dibendung awal. Dan sentiasa cuba menggunakan bahasa halus apabila bercakap dengan suami anda. Ada orang yang hanya kasar dalam perbualan. Memang itulah antara daya tarikan orang yang ‘terkena’. Tetapi dalam kekasaran, pastikan juga melembutkan nada. Jangan bercakap macam nak marah. Bercakap dalam nada yang tenang untuk mengelakkan salah faham.

SENTIASA MELUANGKAN MASA BERDUA

Bercinta lagi dengan suami
KREDIT:PeriukApi

Mungkin sebulan sekali atau dua kali untuk keluar makan bersama tanpa anak. Terokai tempat makan yang baru dari kebiasaan. Senaraikan tempat-tempat makan yang anda teringin nak pergi dan ajak pasangan anda. Boleh sahaja mulakan dengan sarapan bersama di luar. Jika sukar, cukuplah dengan makan berdua di rumah ketika anak tidur atau ke sekolah. Zaman sekarang sudah ada Grab Food atau Food Panda dan sebagainya. Kalau susah hendak makan di luar, boleh order sahaja.

Lakukan aktiviti yang memberi peluang berkomunikasi, dan melibatkan sentuhan. Jika pasangan ada hobi atau aktiviti kegemarannya, cuba sertai walau anda tidak meminatinya. Jangan biarkan pasangan melakukan aktiviti kegemarannya bersendirian. Bina kekuatan diri bersama pasangan. Apabila hadir tarikh-tarikh istimewa seperti hari ulang tahun perkahwinan, hari lahir pasangan, atau hari lahir diri sendiri, raikan bersama pasangan di tempat yang istimewa. Hargai pasangan seadanya. Jika tidak berpeluang untuk meraikan hari istimewa di luar, raikannya bersama di rumah sewaktu anak sudah tidur atau ke sekolah.

Baca juga Tak Sangka Rupanya ‘Membela‘, Berubah Selepas Curang, Naluri Isteri Terhadap Suami.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *