Hidup ini bukanlah seperti novel cinta atau filem cinta yang sering menjanjikan kebahagiaan di pengakhiran cerita. Realitinya, bukan semua orang mampu merasa bahagia, malahan lebih ramai yang memendam rasa. Banyaknya dugaan sudah pasti menguji hati sejauh mana taatnya pada Ilahi. Jangan memendam terlalu lama, nanti mudah mendapat barah. Ramai di antara kita yang suka memendam perasaan sehingga tidak mahu meluah perasaan kononnya tidak mahu menyinggung perasaan orang lain. Namun, memendam atau berdendam adalah salah satu penyakit hati. Namun, itulah juga yang membuktikan betapa kuatnya seorang isteri.
Salah seorang pengguna Master Secure, Kak Sally (bukan nama sebenar) menceritakan sebaik sahaja dapat mendengar perbualan suaminya dengan seorang perempuan dari device MS, ianya agak menyakitkan. Lama Pendam, Kali Ni Akak Kuat. Tak dinafikan suami serupa inilah meninggalkan contoh yang menakutkan bagi wanita yang akan berkahwin dan trauma bagi wanita yang sudah berkahwin sepertinya. Selain kehebatan wanita melahirkan anak, wanita juga dikurniakan deria keenam di mana mereka mampu untuk ‘menghidu’ pasangan mereka yang curang.
Lama Dah ada Affair
Menurut Kak Sally, suaminya memang ada ‘affair’ lama dah. Tak disangka suami yang disangka selama ini baik, rupanya curang di belakang sehingga lupa keluarga sendiri. Sungguh meruntun jiwa si isteri mendengar khabar berita itu. Suaminya memang jarang-jarang sekali balik rumah. Dia kerap keluar dan akan pulang pada tengah malam atau awal pagi sahaja. Bila ditanya, dijawabnya jangan menyibuk. Bila dituduh, selalu minta bukti.
Sebenarnya, Kak Sally memang dah tahu lama dah perangai suaminya. “Suami Kak Sally memang jenis ‘playboy’ dan ramai kawan. Senang cerita dia kaki perempuan. Suka ‘whatsapp’ ramai perempuan… kadang saya sakit hati. Tapi bila ditanya, asyik minta nak tengok bukti. Telefon sentiasa bawa ke mana-mana 24 jam. Sampai ke jamban pun bawa. Di uji dengan suami kaki perempuan macam ni tak sama dengan suami yang kaki pancing, kaki kelab motor atau kereta. Walau selalu di tinggalkan untuk berhobi tapi at least hati kita tak la sakit sangat kan.. berbanding dengan kaki perempuan. Tak ada perempuan boleh terima laki dia dok peluk cium dan tidur dengan perempuan lain. Rasa jijik, rasa sakit hati, terluka, barai terus hati ni tau!” luah Kak Sally.
Sekarang ni Kak Sally tunggu masa saja untuk mengemukakan bukti, sebab masalah kesihatannya. Dia nak bertenang dahulu dan selepas itu baru selesaikan masalah dengan suami. Kak Sally menceritakan, sudah 23 tahun dia hidup dalam situasi toksik begini. Sekarang ini dia nak berehat dahulu sebelum apa-apa terjadi dalam rumah tangganya.
Ada Bukti Baru Nak Mengaku
Pesan Kak Sally, orang perempuan kena tahu tindak-tanduk suami masing-masing di luar. Kalau tidak, asyik kena tipu sahajalah. Oleh kerana suaminya asyik kata kena ada bukti baru nak mengaku, suatu masa nanti dia akan tunjuk juga semua bukti tersebut. Dia simpan semua bukti rakaman. Itulah keistimewaan device ini. Segala rakaman boleh dimainkan semula bila-bila masa sahaja. M-Pro+
Cerita Kak Sally lagi, suaminya tak pernah melayan dia sebagai seorang isteri dan menganggap seperti dia tak wujud sahaja. Sebab dah lama sangat menanggung derita seorang, dia pernah juga minta cerai. Katanya dia dan suami dah macam orang luar saja. Tapi suami tak nak berpisah dan suruh dia seorang saja pergi ke mahkamah. “Sedihnya dapat suami macam ni, hidup macam berpura-pura saja. Orang nampak kita macam happy sebab dia pandai main watak. Kak Sally pun sama juga, sebab malu nak tunjuk kelemahan kat orang”.
Nasihatnya, isteri kena pandai cari tahu aktiviti suami .Sebab bila ada bukti, masa dia akan ‘surrender’. “Hati kena kuat, baru boleh sabar. Walau macam mana pun, Kak Sally tetap akan selesaikan masalah rumah tangganya dengan suami bila dah sihat nanti. Kuatnya seorang isteri. Marilah sama-sama kita doakan kesihatan Kak Sally dan semoga Kak Sally dapat selesaikan masalah rumah tangganya dengan suami. Semoga rumah tangga Kak Sally dan suami dapat diselamatkan.
Tips Rumah Tangga Selalu Bahagia Bercinta Dengan Suami Orang – Apa Akan Terjadi? Tak Sangka Rupanya ‘Membela’ 5 Ciri-ciri Suami Berubah Sikap Jangan Sesekali Takut Untuk Bercinta Lagi Berubah Selepas curang