Para wanita, ramai dari kita diuji suami curang. Jika terdapat masalah dalam hal rumah tangga, cubalah bertahan dan seelok-eloknya berbincanglah dengan suami terlebih dahulu.
Salah satu punca suami curang adalah kerana tidak tahan dengan mulut isterinya. Memang lumrah wanita yang kaya dengan emosi kadangkala mengungkapkan sesuatu yang tidak disengajakan.
Sebab itulah salah satu ciri wanita yang amat disanjung dalam Islam adalah wanita yang dapat menjaga segala aib rumah tangganya, seperti yang terungkap dalam petikan ayat Al-Quran berikut:
فَالصَّالِحَاتُ قَانِتَاتٌ حَافِظَاتٌ لِلْغَيْبِ بِمَا حَفِظَ اللهُ
“Sebab itu maka wanita yang soleh, ialah yang taat kepada Allah lagi memelihara diri ketika suaminya tidak ada, oleh kerana Allah telah memelihara (mereka).” (An-Nisa: 34)
Namun, sekiranya keadaan bertambah buruk dan mula melibatkan keganasan, adukanlah kepada seseorang yang anda percayai dapat menjaga aib keluarga anda. Contohnya saudara terdekat seperti ibu atau pihak perundangan yang sepatutnya.
Benar dan tidak dapat disangkal lagi, ramai juga isteri yang curang. Namun, apa yang selalu kita dengar ialah suami curang. Tanda suami curang itu tidak perlu dicari. Tiba masanya, ia bocor dengan sendiri.
Jangan ingat suami yang baik di depan anda itu tidak curang. Usah pandang remeh. Banyak tanda suami curang pada isteri, yang isteri sendiri tidak sedar. Percayalah, suami yang tampak bagai seorang ‘family-man’ itulah yang cukup berbahaya. Mereka pandai merahsiakan sesuatu dari isteri sendiri. Mari kita selami kisah Puan Nur yang diuji dengan suaminya yang curang berkali-kali. Kantoi Akhirnya
Bukan Sekali Suami Ada Orang Lain
”Bukan sekali Encik Suami ada orang lain. Ada yang sudah lima tahun berkenalan, dan perempuan tu berharap dapat berkahwin dengan Encik Suami. Memang terkejut sangat bila dapat tahu. Benda dah lama berlaku, dah banyak peluang bagi kat suami. Yang pertama suami ada hubungan dengan ibu tunggal anak seorang”. Kata Puan Nur, perempuan tu agak berani sebab sanggup berjumpa dia dan minta kebenaran untuk bernikah dengan suami. Puan Nur tak setuju dan ingin berbincang secara rasional. Dia tak setuju untuk beri suami bernikah lagi. Bila dia berbincang dengan suami, suami tak nak berkahwin lain dan terus putuskan hubungan dengan perempuan tu.
Yang kedua, dia dapat tau dari mesej dan call. Gambar-gambar yang perempuan tu send sungguh tak senonoh. Yang ketiga pula, mereka berhubung tanpa pengetahuan dia. Masa ni la dia dah start guna device Master Secure. Suami rajin bermesej dengan perempuan tu. Mereka berdua ada berjumpa dan dia beritahu dah berkawan selama 5 tahun dengan suami. Anak bongsu baru berusia 4 tahun waktu tu, maksudnya benda ni dah berlaku sebelum wujudnya anak bongsu lagi.
Bantu Sebab Orang Susah
“Penat dah nak fikir, dah tanya suami depan perempuan itu, dah beri peluang dia nikah dengan perempuan itu. Dia janda anak seorang tapi anaknya anak luar nikah. Suami tak nak kahwin, katanya niat nak berkawan sahaja. Suami bantu sebab dia orang susah dan ada anak seorang. Saya bersyukur sebab suami buat benda baik tapi tetap salah sebab dia beri harapan kat perempuan tu”. Menurut Puan Nur lagi, suaminya pernah berterus terang yang hubungan mereka suami isteri tak ada masalah, layanan semua cukup. Akhirnya suaminya tinggalkan perempuan itu dan mereka tak ada apa-apa hubungan lagi.
Dan baru-baru ini pula, ada seorang lagi perempuan yang mengaku sudah dua tahun berkawan dengan suami. Mereka pernah bercakap melalui telefon, dia mengaku yang dia betul-betul sukakan suami. Sanggup masuk Islam jika bernikah dengan suami, dia ‘non Muslim’. Akhirnya Puan Nur bertanya sendiri dengan suami. “Sampai bila nak hidup macam ni, sebab anak makin lama makin membesar. Dan anak pula selalu tanya betul ke ayah nak berkahwin lain? Saya sampai dah buntu nak jawab apa”.
Perubahan Suami
Selepas kejadian tersebut la, suami Puan Nur mula berubah. Antara perubahan suaminya, dah mula nak sweet dengan wife, dah pandai hadiahkan present, ajak pergi dinner. Puan Nur ikutkan saja. Dia juga minta maaf dan mengaku semua silap adalah dari dia. Isteri langsung tak ada silap, layanan pun tak pernah kurang dari dulu walaupun suami berubah. Sekarang Puan Nur masih lagi menggunakan device untuk pantau suami sebab takut suami ulang lagi benda yang sama. Sebelum ni pun dia dah pernah minta kata putus untuk perpisahan tapi suami kata masih sayang kat isteri seorang saja tapi sebagai isteri kita tak boleh nak percaya sangat.
“Saya pernah minta kata dua. Saya stress sehingga abaikan anak-anak dan diri sendiri. Lepas tu suami terus stop dengan perempuan tu, dan terus terang sekadar nak berkawan sahaja. Perempuan tu pun macam kena tipu juga, dia faham keadaan yang berlaku. Saya masih berhubung dengan perempuan tersebut. Suami cakap tak mesej dah tapi perempuan tu cakap masih mesej tapi tak sekerap dulu. Saya masih ada rasa curiga lagi dengan suami. Pada waktu kejadian, saya hampir nak bunuh diri kerana suami layan saya seperti tak wujud,dengan anak pun tak mesra. Rasa down sekejap”.
“Antara kebaikan guna ‘device’ ni, kita cepat dapat tau. Macam panggilan telefon, dapat dengar suami bercakap, ke mana saja dia pergi. Sekarang suami dah tak macam dulu, setakat keluar makan saja. Dengan device ni, saya lagi kuat semangat”. Kata Puan Nur lagi. “Better berterus terang dari awal. Suami mengaku dengan semua perempuan yang dia kenal yang dia hanya nak berkawan sahaja. Dengan suami ni kita tak boleh nak tinggi suara, bincang secara rasional. Mungkin juga saya dihargai sebab tu”.
Kuat Sebab Anak-anak
Sempat Puan Nur menitipkan nasihat, guna device untuk dapat bukti kukuh. Lebih baik dari dari tuduh yang bukan-bukan. Bila dapat bukti, bincang elok-elok dan jangan pernah bergaduh. Ditanya macam mana dia boleh bertenang setelah apa yang berlaku, katanya sebab dia tak pandai nak marah. Kalau marah pun suami akan buat hal juga. Dia kuat sebab anak-anak. Mak mentua pun pesan supaya bincang elok-elok dan minta nasihat dari orang yang betul. Bila kita tanya elok-elok, suami boleh cerita dari A-Z, tak sembunyikan apa pun.
Akhir kata, semoga anda semua berhati-hati dengan perubahan suami anda. Sama-sama kita berdoa agar kita semua dapat melayari rumah tangga dengan harmoni dan bahagia. Baca juga Tips Rumah Tangga Selalu Bahagia, Bercinta Dengan Suami Orang – Apa Akan Terjadi?, Tak Sangka Rupanya ‘Membela’, 5 Ciri-ciri Suami Berubah Sikap, Jangan Sesekali Takut Untuk Bercinta Lagi, Berubah Selepas Curang.